Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا غضبَ أحدُكم وهو قائمٌ؛ فلْيجلسْ، فإن ذهبَ عنه الغضبُ، وإلاَّ؛ فلْيَضْطَجِعْ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu berasa marah ketika dia sedang berdiri, maka duduklah. Ia dapat menghilangkan perasaan marah darinya. Sekiranya masih belum hilang, hendaklah dia berbaring.
Sahabat Perawi
- Abū Ḥarb bin Abū al-Aswad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis no. 707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي حرب بن أبي الأسود، قال: كان أبو ذر رضي الله عنه يسقي على حوض له، فجاء قوم، فقال: أيكم يورد على أبي ذر ويحتسب شعرات من رأسه؟ فقال رجل: أنا، فجاء الرجل، فأورد عليه الحوض فدقه، وكان أبو ذر قائماً فجلس، ثم اضطجع، فقيل له: يا أبا ذر! لم جلست ثم اضطجعت؟ قال: فقال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لنا: ((إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ؛ فَلْيَجْلِسْ، فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ، وَإِلَّا؛ فَلْيَضْطَجِعْ)). [حم، ((الضعيفة)) (6664)]
(Daif) Daripada Abū Ḥarb bin Abū al-Aswad, beliau berkata: Ketika Abū Dzar RA sedang mengambil air dari telaga miliknya, kemudian datang sekumpulan manusia dan beliau berkata: Siapakah dari kalangan kamu yang ingin bertemu dengan Abu Dzar (di periginya) dan ingin mencari helaian rambut dari kepalanya? Maka seorang lelaki berkata: Aku. Kemudian lelaki itu datang dan terus ke perigi tersebut lalu mengetuk (kepala)nya. Abu Dzar yang pada ketika itu sedang berdiri terus duduk, kemudian beliau berbaring. Maka dikatakan kepadanya: Wahai Abu Dzar! Mengapakah kamu duduk kemudian kamu berbaring? Maka beliau berkata: Sesungguhnya Nabi SAW pernah berkata kepada kami: “Apabila salah seorang kamu berasa marah ketika dia sedang berdiri, maka duduklah. Ia dapat menghilangkan perasaan marah darinya. Sekiranya masih belum hilang, hendaklah dia berbaring”. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6664]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman