Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أصبح أحدُكم ولم يُوتِرْ، فَلْيُوتِرْ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kamu bangun pagi tetapi belum menunaikan solat witir, maka hendaklah dia melakukannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 255, hadis no. 1321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا أصبح أحدكم ولم يوتر، فليوتر)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (2333)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu bangun pagi tetapi belum menunaikan solat witir, maka hendaklah dia melakukannya. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2333]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman