Apabila salah seorang kalian tidur sebelum menunaikan solat isyak, nescaya dua malaikat akan berdiri di sisinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا رقد المرء قبل أن يصلي العتمة؛ وقف عليه ملكان يوقظانه يقولان: الصلاة، ثم يوليان عنه؛ ويقولان: رقد الخاسر وأبى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kalian tidur sebelum menunaikan solat isyak, nescaya dua malaikat akan berdiri di sisinya seraya menyedarkannya sambil berkata: “(Tunaikanlah) solat.” Kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: “Telah tidur orang yang rugi dan dia telah enggan".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 532, hadis nombor 2817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا رقد المرء قبل أن يصلي العتمة؛ وقف عليه ملكان يوقظانه يقولان: الصلاة، ثم يولّيان عنه؛ ويقولان: رقد الخاسر وأبی». [عد، خط، ابن الجوزي، «الضعيفة»، (6095)].

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: Apabila salah seorang kalian tidur sebelum menunaikan solat isyak, nescaya dua malaikat akan berdiri di sisinya seraya menyedarkannya sambil berkata: “(Tunaikanlah) solat.” Kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: “Telah tidur orang yang rugi dan dia telah enggan". [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Du‘afā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād dan Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍu‘āt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6095].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs