Apabila salah seorang kalian tiba pada hari Jumaat, maka hendaklah dia mandi dan membersihkan diri

TEKS BAHASA ARAB

إذا جاء أحدكم يوم الجمعة، فليغتسل وليتنظف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kalian tiba pada hari Jumaat, maka hendaklah dia mandi dan membersihkan diri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 364, hadis nombor 1943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: كان رسول الله ﷺ يخطبنا فيقول: «إذا جاء أحدكم يوم الجمعة، فليغتسل وليتنظف». [«الضعيفة» (7139)].

(Munkar) Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ pernah berkhutbah kepada kami lalu baginda ﷺ bersabda: "Apabila salah seorang kalian tiba pada hari Jumaat, maka hendaklah dia mandi dan membersihkan diri". [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7139].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.