Apabila salah seorang kalian minum maka hendaklah dia menghirup

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا شرب أحدكم فليمصه مصا، فإنه أهنأ وأمرأ وأبرأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kalian minum maka hendaklah dia menghirup, kerana sesungguhnya itu lebih enak, lebih lazat dan lebih menghilangkan dahaga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 390, hadis nombor 2079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: «إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُم فَلْيَمُصَّهُ مَصاًّ، فَإِنَّهُ أَهْنَأُ وَأَمْرَأُ وَأَبْرَأُ». [ابن شاذان في «الفوائد المنتقاة»، «الضعيفة» (1428)].

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila salah seorang kalian minum maka hendaklah dia menghirup, kerana sesungguhnya itu lebih enak, lebih lazat dan lebih menghilangkan dahaga". [Riwayat Ibn Shazan dalam al-Fawa'id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1428].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.