Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُم فَلْيَمُصَّهُ مَصاًّ، فَإِنَّهُ أَهْنَأُ وَأَمْرَأُ وَأَبْرَأُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kalian minum maka hendaklah dia menghirup, kerana sesungguhnya itu lebih enak, lebih lazat dan lebih menghilangkan dahaga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 390, hadis no. 2079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: «إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُم فَلْيَمُصَّهُ مَصاًّ، فَإِنَّهُ أَهْنَأُ وَأَمْرَأُ وَأَبْرَأُ». [ابن شاذان في «الفوائد المنتقاة»، «الضعيفة» (1428)].
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila salah seorang kalian minum maka hendaklah dia menghirup, kerana sesungguhnya itu lebih enak, lebih lazat dan lebih menghilangkan dahaga". [Riwayat Ibn Shazan dalam al-Fawa'id al-Muntaqah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1428].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman