Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila salah seorang kalian menunggang seekor binatang, maka bawalah ia berjalan pada kesukaannya

Teks Bahasa Arab

إذا ركِبَ أحدُكم الدَّابَّةَ فَلْيَحْمِلْها على مَلاذِّها.

Teks Bahasa Melayu

Apabila salah seorang kalian menunggang seekor binatang, maka bawalah ia berjalan pada kesukaannya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 396, hadis no. 2117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن العاص - رضي الله عنه - مرفوعا: «إذا ركب أحدكم الدابة فليحملها على ملاذها». [الخطابي في «غريب الحديث»، «الضعيفة» (2530)].

(Lemah) Daripada ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Apabila salah seorang kalian menunggang seekor binatang, maka bawalah ia berjalan pada kesukaannya". [Riwayat al-Khattabi dalam Gharib al-Hadith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2530].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.