Apabila salah seorang kalian menemui kala ketika dia sedang solat, maka hendaklah dia membunuhnya dengan seliparnya yang sebelah kiri

TEKS BAHASA ARAB

إذا وجد أحدكم عقربا وهو يصلي؛ فليقتلها بنعله اليسرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kalian menemui kala ketika dia sedang solat, maka hendaklah dia membunuhnya dengan seliparnya yang sebelah kiri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 365, hadis nombor 1947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن رجل من بني عدي بن كعب: أنهم دخلوا على النبي ﷺ وهو يصلي جالسا، فقالوا: ما شأنك يا رسول الله؟! فقال: «لسعتني عقرب»، ثم قال: «إذا وجد أحدكم عقربا وهو يصلي، فليقتلها بنعله اليسرى». [أبو داود في «المراسيل»، «الضعيفة» (7001)].

(Munkar) Daripada seorang lelaki daripada Bani ‘Adi bin Ka’b, bahawa mereka telah masuk bertemu dengan Nabi ﷺ sewaktu baginda sedang solat dalam keadaan duduk. Mereka bertanya: "Mengapakah denganmu, wahai Rasulullah?!". Baginda pun menjawab: "Kala telah menyengatku". Kemudian baginda bersabda: "Apabila salah seorang kalian menemui kala ketika dia sedang solat, maka hendaklah dia membunuhnya dengan seliparnya yang sebelah kiri". [Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7001].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs