Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا وجَدَ أحَدُكُم عَقْرَبًا وهو يُصَلِّي؛ فلْيَقْتُلْها بِنَعْلِهِ اليُسْرَى.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kalian menemui kala ketika dia sedang solat, maka hendaklah dia membunuhnya dengan seliparnya yang sebelah kiri.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 365, hadis no. 1947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada seorang lelaki daripada Bani ‘Adi bin Ka'b, bahawa mereka telah masuk bertemu dengan Nabi ﷺ sewaktu baginda sedang solat dalam keadaan duduk. Mereka bertanya: "Mengapakah denganmu, wahai Rasulullah?!". Baginda pun menjawab: "Kala telah menyengatku". Kemudian baginda bersabda: "Apabila salah seorang kalian menemui kala ketika dia sedang solat, maka hendaklah dia membunuhnya dengan seliparnya yang sebelah kiri". [Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7001].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman