TEKS BAHASA ARAB
إذا أكل أحدكم اللحم، فليغسل يده من وضر اللحم؛ لا يؤذي من صلى حذاءه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila salah seorang kalian memakan daging, hendaklah dia membasuh tangannya daripada lemak daging itu. (Supaya) dia tidak menyakiti orang yang solat di sebelahnya.
STATUS
Sangat munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240, hadis nombor 1262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «إذا أكل أحدكم اللحم، فليغسل يده من وضر اللحم؛ لا يؤذي من صلى حذاءه». [عد، «الضعيفة» (6979)].
(Sangat Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila salah seorang kalian memakan daging, hendaklah dia membasuh tangannya daripada lemak daging itu. (Supaya) dia tidak menyakiti orang yang solat di sebelahnya". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6979].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.