Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أكلَ أحدُكم اللحمَ، فليغسلْ يدَهُ من وَضْرِ اللحمِ؛ لا يُؤذي من صلَّى حذاءَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kalian memakan daging, hendaklah dia membasuh tangannya daripada lemak daging itu. (Supaya) dia tidak menyakiti orang yang solat di sebelahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240, hadis no. 1262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «إذا أكل أحدكم اللحم، فليغسل يده من وضر اللحم؛ لا يؤذي من صلى حذاءه». [عد، «الضعيفة» (6979)].
(Sangat Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila salah seorang kalian memakan daging, hendaklah dia membasuh tangannya daripada lemak daging itu. (Supaya) dia tidak menyakiti orang yang solat di sebelahnya". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6979].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman