Munkar dengan penambahan "rahmat"
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تَشَهَّدَ أحدُكم في الصلاةِ؛ فليقلْ: اللهمَّ! صلِّ على محمدٍ، وعلى آلِ محمدٍ، وباركْ على محمدٍ، وعلى آلِ محمدٍ، وارحمْ محمدًا وآلَ محمدٍ؛ كما صلَّيتَ وباركتَ وترحَّمْتَ على إبراهيمَ، وعلى آلِ إبراهيمَ؛ إنكَ حميدٌ مجيدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kalian melakukan tasyahud dalam solat, ucapkanlah: Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, serta rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sepertimana Engkau berselawat, memberkati, dan merahmati Ibrahim serta keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau itu Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan penambahan "rahmat"
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 364, hadis no. 1941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: «الترحم») عن ابن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إذا تشهد أحدكم في الصلاة؛ فليقل: اللهم! صل على محمد، وعلى آل محمد، وبارك على محمد، وعلى آل محمد، وارحم محمدا وآل محمد؛ كما صليت وباركت وترحمت على إبراهيم، وعلى آل إبراهيم؛ إنك حميد مجيد». [ك، هق، «الضعيفة» (6981)].
(Munkar Dengan Penambahan: "rahmat") Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Apabila salah seorang kalian melakukan tasyahud dalam solat, ucapkanlah: Ya Allah, berselawatlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, serta rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sepertimana Engkau berselawat, memberkati, dan merahmati Ibrahim serta keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau itu Maha Terpuji lagi Maha Mulia". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6981].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman