Apabila salah seorang kalian masuk bertemu saudara muslimnya, lalu dia menghidangkan makanan kepadanya, maka hendaklah dia makan daripada makanan tersebut

TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل أحدكم على أخيه المسلم، فأطعمه؛ فليأكل من طعامه، ولا يسأله عنه، وإن سقاه شراباً؛ فليشرب من شرابه، ولا يسأله عنه، فإن خشي منه؛ فليكسره بالماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kalian masuk bertemu saudara muslimnya, lalu dia menghidangkan makanan kepadanya, maka hendaklah dia makan daripada makanan tersebut dan janganlah dia bertanyakan tentangnya (perihal makanan itu). Apabila saudaranya itu memberi minuman kepadanya, maka hendaklah dia minum daripada minumannya dan janganlah dia bertanya tentangnya (perihal minuman itu). Sekiranya dia berasa takut dengan minumannya itu (memabukkan), maka patahkanlah (campurkan) ia dengan air.

STATUS

Lemah dengan penambahan: “ketakutan”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis nombor 1224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بزيادة: (الخشية)) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «إذا دخل أحدكم على أخيه المسلم، فأطعمه؛ فليأكل من طعامه، ولا يسأله عنه، وإن سقاه شراباً؛ فليشرب من شرابه، ولا يسأله عنه، فإن خشي منه؛ فليكسره بالماء». [ابن الجعد في «مسنده»، قط، عد، «الضعيفة» (6321)].

(Lemah dengan penambahan: “ketakutan”) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kalian masuk bertemu saudara muslimnya, lalu dia menghidangkan makanan kepadanya, maka hendaklah dia makan daripada makanan tersebut dan janganlah dia bertanyakan tentangnya (perihal makanan itu). Apabila saudaranya itu memberi minuman kepadanya, maka hendaklah dia minum daripada minumannya dan janganlah dia bertanya tentangnya (perihal minuman itu). Sekiranya dia berasa takut dengan minumannya itu, maka patahkanlah (campurkan) ia dengan air”. [Riwayat Ibn al-Ja’d dalam Musnadnya, Sunan al-Daraqutni dan al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah; no. 6321].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs