TEKS BAHASA ARAB
إذا سئل أحدكم: أمؤمن أنت؟ فلا يشك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila salah seorang kalian ditanya: “Adakah kamu orang mukmin?”, maka janganlah dia ragu-ragu.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 462, hadis nombor 2482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن يزيد الأنصاري – رضي الله عنه – مرفوعا: «إذا سئل أحدكم: أمؤمن أنت؟ فلا يشك». [ابن جرير في «تهذيب الآثار»، حل، «الضعيفة» (2643)].
(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin Yazīd al-Anṣarī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Apabila salah seorang kalian ditanya: “Adakah kamu orang mukmin?”, maka janganlah dia ragu-ragu. [Riwayat Ibn Jarīr dalam Tahdhīb al-Āthār, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2643].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.