Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila salah seorang kalian ditanya: “Adakah kamu orang mukmin?”, maka janganlah dia ragu-ragu

Teks Bahasa Arab

إذا سُئل أحدُكم: أمؤمنٌ أنت؟ فلا يشكُّ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila salah seorang kalian ditanya: “Adakah kamu orang mukmin?”, maka janganlah dia ragu-ragu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdullah ibn Yazīd al-Anṣarī RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 462, hadis no. 2482.

(منكر) عن عبد الله بن يزيد الأنصاري - رضي الله عنه - مرفوعا: «إذا سئل أحدكم: أمؤمن أنت؟ فلا يشك». [ابن جرير في «تهذيب الآثار»، حل، «الضعيفة» (2643)].

(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin Yazīd al-Anṣarī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Apabila salah seorang kalian ditanya: “Adakah kamu orang mukmin?”, maka janganlah dia ragu-ragu. [Riwayat Ibn Jarīr dalam Tahdhīb al-Āthār, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2643].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.