Apabila salah seorang kalian bertemu saudaranya pada siang hari berulang-ulang kali, maka ucapkanlah salam kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا لقي أحدكم أخاه في النهار مرارا؛ فليسلم عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kalian bertemu saudaranya pada siang hari berulang-ulang kali, maka ucapkanlah salam kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis nombor 1225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا لقي أحدكم أخاه في النهار مراراً؛ فليسلم عليه». [طس، حل، «الضعيفة» (6315)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila kamu bertemu saudara kamu pada siang hari berulang kali, maka berilah salam kepadanya". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Hilyah oleh Abu Nu'aym. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6315].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs