TEKS BAHASA ARAB
إذا كان أحدكم في المسجد؛ فلا يشبكن، فإن التشبيك من الشيطان، وإن أحدكم لا يزال في صلاة، ما دام في المسجد حتى يخرج منه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila salah seorang kalian berada di dalam masjid, janganlah dia menggenggam silang jari-jemarinya, kerana sesungguhnya genggam silang jari itu daripada syaitan. Sesungguhnya salah seorang kalian itu masih berada di dalam solat, selama mana dia berada di dalam masjid sehinggalah dia keluar darinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 364-365, hadis nombor 1945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مولى لأبي سعيد، قال: بينا أنا مع أبي سعيد الخدري مع رسول الله ﷺ إذ دخل المسجد، فإذا رجل جالس في وسط المسجد محتبيا، مشبكا أصابعه بعضها في بعض، فأشار إليه رسول الله ﷺ، فلم يفطن الرجل لإشارة رسول الله ﷺ، فالتفت رسول الله ﷺ إلى أبي سعيد فقال: «إذا كان أحدُكُم في المسجِدِ؛ فلا يُشبِّكنَّ، فإنَّ التَّشبيكَ من الشَّيطانِ، وإنَّ أحدَكم لا يزالُ في صلاةٍ، ما دام في المسجِدِ حتَّى يخرُجَ منهُ». [حم، «الضعيفة» (6815)].
(Lemah) Daripada bekas hamba Abu Sa’id, beliau berkata: Tatkala aku dan Abu Sa’id al-Khudri sedang bersama dengan Rasulullah ﷺ, ketika baginda memasuki masjid lalu ada seorang lelaki sedang duduk memeluk lutut di pertengahan masjid dalam keadaan menggenggam silang jari-jemarinya antara satu dengan yang lain. Lalu Rasulullah ﷺ memberikan isyarat kepadanya, namun lelaki tersebut tidak menyedari isyarat Rasulullah ﷺ tersebut. Kemudian Rasulullah ﷺ berpaling ke arah Abu Sa’id, lalu bersabda: "Apabila salah seorang kalian berada di dalam masjid, janganlah dia menggenggam silang jari-jemarinya, kerana sesungguhnya genggam silang jari itu daripada syaitan. Sesungguhnya salah seorang kalian itu masih berada di dalam solat, selama mana dia berada di dalam masjid sehinggalah dia keluar darinya". [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6815].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.