Apabila salah seorang kalian bangun daripada tidurnya, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sehinggalah dia membasuhnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا استيقظ أحدكم من منامه؛ فلا يدخل يده في الإناء حتى يغسلها؛ فإنه لا يدري أين باتت يده، ويسمي قبل أن يدخلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang kalian bangun daripada tidurnya, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sehinggalah dia membasuhnya (terlebih dahulu). Kerana sesunguhnya dia tidak mengetahui di mana tangannya tidur. Serta hendaklah dia membaca tasmiah (bismillah) sebelum dia memasukkan tangannya.

STATUS

Sangat Munkar Dengan Penambahan “membaca tasmiah”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 240, hadis nombor 1261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جداً بزيادة: «التسمية») عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إذا استيقظ أحدكم من منامه؛ فلا يدخل يده في الإناء حتى يغسلها؛ فإنه لا يذري أين باتت يده، ويسمي قبل أن يدخلها». [عد، طس، عق، «الضعيفة» (6977)].

(Sangat Munkar Dengan Penambahan “membaca tasmiah”) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila salah seorang kalian bangun daripada tidurnya, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sehinggalah dia membasuhnya (terlebih dahulu). Kerana sesunguhnya dia tidak mengetahui di mana tangannya tidur. Serta hendaklah dia membaca tasmiah (bismillah) sebelum dia memasukkan tangannya”. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-‘Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6977].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.