Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ؛ فَلْيَقُلِ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَدَّ فِيْنَا أَرْوَاحَنَا بَعْدَ إِذْ كُنَّا أَمْوَاتًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang kalian bangun daripada tidurnya, hendaklah dia membaca: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan kepada kami roh-roh kami setelah kami mati.
Sahabat Perawi
- Abu Juhayfah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 241, hadis no. 1264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي جحيفة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إذا قام أحدكم من منامه؛ فليقل: الحمد لله الذي رد فينا أرواحنا بعد إذ كنا أمواتاً». [عق، طب، «الضعيفة» (6994)].
(Sangat Munkar) Daripada Abu Juhayfah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila salah seorang kalian bangun daripada tidurnya, hendaklah dia membaca: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan kepada kami roh-roh kami setelah kami mati". [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6994].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman