TEKS BAHASA ARAB
إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila salah seorang daripada kamu minum maka hendaklah dia meneguk dengan tegukan yang tidak gelojoh dan janganlah minum dengan tergesa-gesa kerana al-Kibad (sejenis penyakit) adalah disebabkan sikap minum tergesa-gesa.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis nombor 8698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أبي حسين قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب.)) [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (2571)].
(Lemah)
Daripada Ibn Abu Husain RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila salah seorang daripada kamu minum maka hendaklah dia meneguk dengan tegukan yang tidak gelojoh dan janganlah minum dengan tergesa-gesa kerana al-Kibad (sejenis penyakit) adalah disebabkan sikap minum tergesa-gesa.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.2571].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.