Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا شَرِبَ أَحَدُكم فَلْيَمُصَّ مَصًّا ولا يَعُبَّ عَبًّا ، فإنَّ الكُبَادَ من العَبِّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kamu minum maka hendaklah dia meneguk dengan tegukan yang tidak gelojoh dan janganlah minum dengan tergesa-gesa kerana al-Kibad (sejenis penyakit) adalah disebabkan sikap minum tergesa-gesa.
Sahabat Perawi
- Ibn Abi Husain
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis no. 8698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أبي حسين قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب.)) [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (2571)].
(Lemah) Daripada Ibn Abu Husain RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila salah seorang daripada kamu minum maka hendaklah dia meneguk dengan tegukan yang tidak gelojoh dan janganlah minum dengan tergesa-gesa kerana al-Kibad (sejenis penyakit) adalah disebabkan sikap minum tergesa-gesa.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.2571].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman