Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلَ وليتَنَظَّفْ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kamu mendatangi hari Jumaat, maka mandi dan bersihkanlah diri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1641, hadis no. 8302. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر- رضي الله عنهما -، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يخطبنا فيقول: ((إذا جاء أحدكم يوم الجمعة، فليغتسل وليتنظف)). [ابن عساكر،((الضعيفة)) (7139)].
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW sedang bercakap dengan kami lalu Baginda bersabda; ((Apabila salah seorang daripada kamu mendatangi hari Jumaat, maka mandi dan bersihkanlah diri.)) [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7139)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman