Apabila salah seorang daripada kamu membeli sesuatu daripada pasar maka hendaklah dia menutupnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا اشترى أحدكم شيئا من السوق فليغطه، لعل أخاه المسلم يستقبله فيراه ولا يمكنه شراؤه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Apabila salah seorang daripada kamu membeli sesuatu daripada pasar maka hendaklah dia menutupnya, boleh jadi saudara muslimnya datang menemuinya lalu dia melihatnya sedangkan dia tidak mampu membelinya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 153, hadis nombor 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: هو باطل. وقد أخرجه الديلمي عن ابن عباس وأنس مرفوعا.

Al-Zahabi berkata dalam kitab al-Mizan: Ia batil, manakala al-Dailami meriwayatkannya daripada Abdullah bin Abbas dan Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs