Batil

30/06/2024

minit bacaan



Apabila salah seorang daripada kamu membeli sesuatu daripada pasar maka hendaklah dia menutupnya

Teks Bahasa Arab

حديث: إِذَا اشْتَرَى أَحَدُكُمْ شَيْئًا مِنَ السُّوقِ فَلْيُغَطِّهِ، لَعَلَّ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ يستقبله فيراه ولا يمكنه شراؤه.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila salah seorang daripada kamu membeli sesuatu daripada pasar maka hendaklah dia menutupnya, boleh jadi saudara muslimnya datang menemuinya lalu dia melihatnya sedangkan dia tidak mampu membelinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 153, hadis no. 45. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الميزان: هو باطل. وقد أخرجه الديلمي عن ابن عباس وأنس مرفوعا.

Al-Zahabi berkata dalam kitab al-Mizan: Ia batil, manakala al-Dailami meriwayatkannya daripada Abdullah bin Abbas dan Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.