Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأيتُمُ العبدَ ألَمَّ اللَّهُ بهِ الفقرَ والمرضَ فإنَّ اللَّهَ يريدُ أن يصافيَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika salah seorang daripada kamu melihat seorang hamba diuji oleh Allah dengan kefakiran dan penyakit, maka sesungguhnya Allah ingin membersihkannya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis no. 8697. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي -رضي الله عنه-، مرفوعا: ((إذا رأيتم العبد ألم الله به الفقر والمرض فإن الله يريد أن يصافيه)) [ فر، ((الضعيفة)) (2506)].
(Palsu) Daripada Ali RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Jika salah seorang daripada kamu melihat seorang hamba diuji oleh Allah dengan kefakiran dan penyakit, maka sesungguhnya Allah ingin membersihkannya.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2506].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman