Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إذا جامع أحدكم زوجته أو جاريته فلا ينظر إلى فرجها، فإن ذلك يورث العمى
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Apabila salah seorang daripada kamu bersetubuh dengan isterinya atau hambanya, janganlah dia melihat kemaluannya, kerana perbuatan demikian mewarisi buta
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 127-128, hadis no. 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Hibban menyatakan: Hadith ini palsu. Demikian juga pendapat Ibn Abi Hatim di dalam kitab Ilalnya riwayat daripada bapanya. Ibn Jauzi juga meletakkan hadith ini di dalam kitab al-Maudhua’t, tetapi Ibn Solah menyalahinya dan berkata: Sanad hadith ini baik. Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam Sunannya. Sebab kepada perselisihan ini ialah sanadnya di sisi Ibn Adi, Qutaibah meriwayatkan kepada kami, Hisyam bin Khalid meriwayatkan kepada kami, Baqiyyah meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Juraij daripada ‘Atha daripada Ibn Abbas lalu menyebutkan hadith di atas. Ibn Hibban berkata: Baqiyyah meriwayatkan daripada perawi pendusta, melakukan tadlis (penipuan), malah mempunyai rakan yang menggugurkan perawi-perawi lemah daripada hadithnya. Ibn Hajar berkata: Tetapi Ibn Qattan menyebutkan di dalam kitab Ahkam Nazar bahawa Baqiy Ibn Makhlad meriwayatkan daripada Ibn Hisyam bin Khalid daripada Baqiyyah berkata: Telah menceritakan kepada kami Ibn Juraij. Ini menjadi bukti Baqiyyah mendengar hadith sedangkan beliau seorang thiqah, jika mendatangkan bukti dengannya keseluruhan sanad, perawinya thiqah. Berdasarkan sebab ini Ibn al-Solah berkata sanadnya baik. Al-Azdi meriwayatkan daripada hadith Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kamu bersetubuh maka janganlah melihat kepada kemaluan, kerana ia mewarisi penyakit buta, janganlah banyak berkata-kata kerana ia boleh mewarisi penyakit bisu. Al-Azdi berkata: Ibrahim bin Muhammad bin Yusuf al-Firyabi merupakan perawi yang saqit. Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali. Ibn Majah turut meriwayatkan hadith daripada perawi ini. Pengarang kitab al-Mizan berkata, Abu Hatim dan selainnya berkata: Ibrahim bin Muhammad dihukumkan sebagai saduq , Al-Azdi sahaja berkata: saqit.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman