Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا فَرَغ أحدُكم من طُهُورِهِ؛ فيَشْهَدُ أن لا إله إلا اللهُ وأنَّ مُحَمَّدًا عبدُه ورسولُه، ثم يُصَلِّي عَلَيَّ، فإذا قال ذلك؛ فُتِحَتْ له أبوابُ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kalian telah menyempurnakan kesuciannya (mengangkat hadas), maka bersaksilah bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad ialah hamba-Nya dan utusan-Nya, kemudian berselawatlah kepadaku. Apabila dia mengucapkan sedemikian, maka dibukakan baginya pintu-pintu syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis no. 7308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang daripada kalian telah menyempurnakan kesuciannya (mengangkat hadas), maka bersaksilah bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad ialah hamba-Nya dan utusan-Nya, kemudian berselawatlah kepadaku. Apabila dia mengucapkan sedemikian, maka dibukakan baginya pintu-pintu syurga. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2634].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman