Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صلى أحدكم؛ فليصل إلى رحله , أو ليخط خطا في الأرض، أو لينصب سهما من كنانته، ولا يضره ما وراء ذلك.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kalian solat; maka hendaklah dia solat ke arah tunggangannya atau hendaklah dia gariskan satu garisan pada bumi, atau hendaklah dia pacakkan anak panah dari sarungnya. Dan tidak merbahayakannya apa yang berada di belakang itu.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 318, hadis no. 1675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan sebutan garisan) Dari Abu Sa‘id al-Khudri RA dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian solat; maka hendaklah dia solat ke arah tunggangannya atau hendaklah dia gariskan satu garisan pada bumi, atau hendaklah dia pacakkan anak panah dari sarungnya. Dan tidak merbahayakannya apa yang berada di belakang itu. [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab Musnad al-Shamiyin, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5543]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman