Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila salah seorang daripada kalian minum

Teks Bahasa Arab

إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُم فَلْيَمُصَّ مَصًّا ولا يَعُبَّ عَبًّا، فإنَّ الكِبَادَ مِنَ العَبِّ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila salah seorang daripada kalian minum, maka hendaklah dia menghirup (air) dengan hirupan yang tenang, dan janganlah dia meneguk dengan tergesa-gesa, sesungguhnya penyakit limpa itu datang daripada (perbuatan) meneguk air dengan gelojoh.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Abi Hussain

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1174, hadis no. 5937. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعىف) عن ابن أبي حسين، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا شرب أحدكم فليمص مصا ولا يعب عبا، فإن الكباد من العب)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (2571)]

(Lemah) Daripada Ibn Abi Hussain telah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: Apabila salah seorang daripada kalian minum, maka hendaklah dia menghirup (air) dengan hirupan yang tenang, dan janganlah dia meneguk dengan tergesa-gesa, sesungguhnya penyakit limpa itu datang daripada (perbuatan) meneguk air dengan gelojoh. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2571]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.