Apabila salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أتى أحدكم أهله، فأراد أن يعود فليغسل فرجه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya, kemudian dia kembali sekali lagi, maka hendaklah dia membasuh kemaluannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis nombor 4744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر -رضي الله عنه- أن نبي -صلى الله عليه وسلم- قال: ((إذا أتى أحدكم أهله، فأراد أن يعود فليغسل فرجه)).
[هق، ((الضعيفة)) (2199)].

(Lemah)
Daripada ‘Umar RA bahawa Nabi Allah SAW telah bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya, kemudian dia kembali sekali lagi, maka hendaklah dia membasuh kemaluannya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2199].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs