Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إَذَا أَتَى أحدُكم أهلَه، فأرَاد أَن يَعُودَ فلْيَغْسِلْ فَرْجَه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya, kemudian dia kembali sekali lagi, maka hendaklah dia membasuh kemaluannya.
Sahabat Perawi
- Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis no. 4744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Umar RA bahawa Nabi Allah SAW telah bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya, kemudian dia kembali sekali lagi, maka hendaklah dia membasuh kemaluannya. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2199].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman