Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا خطبَ أحدُكُمُ المرأةَ، فليسأَلْ عن شَعرِها، كما يَسألُ عن جمالِها، فإنَّ الشَّعرَ أحدُ الجمالَينِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kalian mahu meminang seorang wanita, maka hendaklah dia bertanya tentang rambutnya, seperti mana dia bertanya tentang kecantikannya. Sesungguhnya rambut itu salah satu daripada dua kecantikan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis no. 4733. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعا: إذا خطب أحدكم المرأة، فليسأل عن شعرها، كما يسأل عن جمالها. فإن الشعر أحد الجمالين. [فر، الضعيفة (1611)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada NAbi SAW): Apabila salah seorang daripada kalian mahu meminang seorang wanita, maka hendaklah dia bertanya tentang rambutnya, seperti mana dia bertanya tentang kecantikannya. Sesungguhnya rambut itu salah satu daripada dua kecantikan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1611].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman