Apabila salah seorang daripada kalian mahu bersetubuh

TEKS BAHASA ARAB

إذا جامع أحدكم؛ فلا ينظر إلى الفرج، فإنه يورث العمى، ولا يكثر الكلام؛ فإنه يورث الخرس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian mahu bersetubuh, maka janganlah dia melihat kemaluan kerana ianya akan mewariskan penyakit buta. Dan janganlah dia memperbanyakkan bicara kerana ianya mewariskan penyakit bisu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis nombor 4658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعًا: ((إذا جامع أحدكم فلا ينظر إلى الفرج فإنه يورث العمى، ولا يكثر الكلام فإنه يورث الخرس)).
[ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (196)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Apabila salah seorang daripada kalian mahu bersetubuh, maka janganlah dia melihat kemaluan kerana ianya akan mewariskan penyakit buta. Dan janganlah dia memperbanyakkan bicara kerana ianya mewariskan penyakit bisu.
[Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 196].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs