Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا جامَعَ أحدُكُم؛ فلا يَنْظُرْ إلى الفرْجِ فإنَّهُ يُورِثُ العَمَى ولا يُكْثِرِ الكلامَ؛ فإنَّهُ يُورِثُ الخَرَسَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kalian mahu bersetubuh, maka janganlah dia melihat kemaluan kerana ianya akan mewariskan penyakit buta. Dan janganlah dia memperbanyakkan bicara kerana ianya mewariskan penyakit bisu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis no. 4658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعًا: إذا جامع أحدكم فلا ينظر إلى الفرج فإنه يورث العمى، ولا يكثر الكلام فإنه يورث الخرس. [ابن الجوزي في الموضوعات، الضعيفة (196)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Apabila salah seorang daripada kalian mahu bersetubuh, maka janganlah dia melihat kemaluan kerana ianya akan mewariskan penyakit buta. Dan janganlah dia memperbanyakkan bicara kerana ianya mewariskan penyakit bisu. [Riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 196].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman