Apabila salah seorang daripada kalian diperlakukan dengan jahil (sewenangnya)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا جهل على أحدكم وهو صائم فليقل: أعوذ بالله منك إني صائم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian diperlakukan dengan jahil (sewenangnya) ketika dia sedang dalam keadaan berpuasa maka ucapkanlah: Aku berlindung dengan Allah daripada kamu, sesungguhnya aku sedang berpuasa.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis nombor 5732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: ((إذا جهل على أحدكم وهو صائم فليقل: أعوذ بالله منك إني صائم)).
[فر، القضاعي، ((الضعيفة)) (2542)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang daripada kalian diperlakukan dengan jahil (sewenangnya) ketika dia sedang dalam keadaan berpuasa maka ucapkanlah: Aku berlindung dengan Allah daripada kamu, sesungguhnya aku sedang berpuasa."
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, dan al-Qudha’i dalam Musnad al-Syihab. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2542]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.