Apabila salah seorang daripada kalian bersin, lalu dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah"

TEKS BAHASA ARAB

إذا عطس أحدكم فقال: الحمد لله، قالت الملائكة: رب العالمين، فإذا قال: رب العالمين، قالت الملائكة: رحمك الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian bersin, lalu dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah", para malaikat pun berkata: Tuhan sekalian alam. Maka apabila dia mengucapkan: "Tuhan sekalian alam", para malaikat pun berkata: Semoga Allah merahmati kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1437, hadis nombor 7306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: إذا عطس أحدكم فقال: الحمد لله، قالت الملائكة: رب العالمين، فإذا قال: رب العالمين، قالت الملائكة: رحمك الله.
[طب، طس، الضياء، ابن السني، ((الضعيفة)) (2577)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang daripada kalian bersin, lalu dia mengucapkan: "Segala puji bagi Allah", para malaikat pun berkata: Tuhan sekalian alam. Maka apabila dia mengucapkan: "Tuhan sekalian alam", para malaikat pun berkata: Semoga Allah merahmati kamu.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah, Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yawm wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2577].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs