Apabila salah seorang daripada kalian berkahwin kemudian dia masuk ke tempat isterinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا تزوج أحدكم، ودخل على أهله، فليضع يده على رأسها، وليقل: اللهم بارك لي في أهلي، وبارك لأهلي في، وارزقني منها، وارزقها مني، واجمع بيننا ما جمعت في خير، فإذا فرقت بيننا ففرق على خير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian berkahwin kemudian dia masuk ke tempat isterinya, maka hendaklah dia meletakkan tangannya ke atas kepalanya dan berdoa: “Ya Allah berkatilah diriku terhadap isteriku dan berkatilah isteriku terhadap diriku. Kurniakanlah kepadaku rezekinya darinya dan kurniakanlah buatnya rezeki dariku. Serta kumpulkanlah kami dalam kebaikan. Sekiranya Engkau memisahkan antara kami maka pisahkanlah dengan cara yang baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 924, hadis nombor 4749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا تزوج أحدكم، ودخل على أهله، فليضع يده على رأسها، وليقل: اللهم بارك لي في أهلي، وبارك لأهلي في، وارزقني منها، وارزقها مني، واجمع بيننا ما جمعت في خير، فإذا فرقت بيننا ففرق على خير)).
[الثقفي في ((الفةائد))، ((الضعيفة)) (2166)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang daripada kalian berkahwin kemudian dia masuk ke tempat isterinya, maka hendaklah dia meletakkan tangannya ke atas kepalanya dan berdoa: “Ya Allah berkatilah diriku terhadap isteriku dan berkatilah isteriku terhadap diriku. Kurniakanlah kepadaku rezekinya darinya dan kurniakanlah buatnya rezeki dariku. Serta kumpulkanlah kami dalam kebaikan. Sekiranya Engkau memisahkan antara kami maka pisahkanlah dengan cara yang baik”.
[Riwayat al-Thaqafiyy dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2166].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.