Apabila salah seorang daripada kalian berbuka puasa, maka berbukalah dengan tamar

TEKS BAHASA ARAB

إذا أفطر أحدكم، فليفطر على تمر، [فإنه بركة] فإن لم يجد تمرا، فليفطر على الماء، فإنه طهور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kalian berbuka puasa, maka berbukalah dengan tamar [kerana ia adalah keberkatan]. Sekiranya dia tidak mendapati tamar, maka berbukalah dengan air, kerana ia bersih.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 424, hadis nombor 2287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمان بن عامر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إذا أفطر أحدكم، فليفطر على تمر، [فإنه بركة] فإن لم يجد تمرا، فليفطر على الماء، فإنه طهور». [ن في «السنن الكبرى»، د، ت، هـ، «الضعيفة» (6383)].

(Lemah) Daripada Salman bin ‘Amir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian berbuka puasa, maka berbukalah dengan tamar [kerana ia adalah keberkatan]. Sekiranya dia tidak mendapati tamar, maka berbukalah dengan air, kerana ia bersih. [Riwayat al-Nasa’ī dalam al-Sunan al-Kubra, Sunan Abī Dāwud, Sunan al-Tirmiẓī dan Sunan Ibn Mājah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6383].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs