Batil

30/06/2024

minit bacaan



Apabila salah seorang dari kamu hendak tidur dan berniat untuk bangun solat malam

Teks Bahasa Arab

حديث: "إذا نام أحدكم وفي نفسه أن يصلي من الليل فليضع قبضة من تراب عنده فإذا انتبه فليقبض بيمينه وليحصب عن شماله.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Apabila salah seorang dari kamu hendak tidur dan berniat untuk bangun solat malam maka letakkanlah segenggam tanah disisinya. Apabila bangun dari tidur maka gengamlah tanah tersebut dengan tangan kanannya dan lemparkan dengan tangan kirinya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 35, hadis no. 77. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قَالَ ابْنُ حبان: باطل.

Ibn Hibban berkata: Hadith ini batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.