Apabila salah seorang dari kamu dipanggil oleh ibunya ketika sedang solat…

TEKS BAHASA ARAB

 إِذَا دَعَتْ أَحَدَكُمْ أُمُّهُ وَهُوَ فِي الصَّلاةِ فَلْيُجِبْ وَإِذَا دَعَاهُ أَبُوهُ فَلا يُجِبْ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang dari kamu dipanggil oleh ibunya ketika sedang solat maka sahutlah. Dan apabila dia dipanggil oleh ayahnya maka janganlah dia sahut.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara hadis palsu juga ialah hadis berikut:
إِذَا دَعَتْ أَحَدَكُمْ أُمُّهُ وَهُوَ فِي الصَّلاةِ فَلْيُجِبْ وَإِذَا دَعَاهُ أَبُوهُ فَلا يُجِبْ
“Apabila kamu dipanggil oleh ibu ketika sedang solat maka menyahutlah. Dan apabila dia dipanggil oleh ayahnya maka dia tidak menyahut.”
Hadis di atas diriwayatkan oleh Yazid bin Aban al-Qurashi al-Umawi. Al-Bukhari berkata: Tinggalkanlah dia. Ibnu Ma’in dan ulama lain berkata: Dia seorang pembohong yang meriwayatkan hadis-hadis palsu.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon