Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا صلى أحدكم، فلم يكن بين يديه ما يستره؛ فليخط خطا، ولا يضره ما مر بين يديه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang dari kalian solat, maka tiada di hadapannya apa yang menjadi penghadang, maka hendaklah dia buat garisan dan tiada yang memudaratkannya apa-apa yang lalu di hadapannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 318, hadis no. 1674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- أن النبي - ﷺ - قال: ((إذا صلى أحدكم، فلم يكن بين يديه ما يستره؛ فليخط خطا، ولا يضره ما مر بين يديه)). [ الطيالسي، ((الضعيفة)) (5813) ]
(Daif) Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: Apabila salah seorang dari kalian solat, maka tiada di hadapannya apa yang menjadi penghadang, maka hendaklah dia buat garisan dan tiada yang memudaratkannya apa-apa yang lalu di hadapannya. [Riwayat Abu Daud al-Tayalisi dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5813]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman