TEKS BAHASA ARAB
إذا علم أحدكم من أخيه خيرا، فليخبره، فإنه يزداد رغبة في الخير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila salah seorang dalam kalangan kalian mengetahui suatu kebaikan daripada saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya, kerana sesungguhnya dia akan bertambah suka akan kebaikan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1980, hadis nombor 9909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا علم أحدكم من أخيه خيرا، فليخبره، فإنه يزداد رغبة في الخير)).
[الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (1639)]
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang dalam kalangan kalian mengetahui suatu kebaikan daripada saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya, kerana sesungguhnya dia akan bertambah suka akan kebaikan.
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1639]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.