Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا عَلِمَ أحدُكم من أخيه خيرًا، فلْيُخْبِرْهُ، فإنه يزدادُ رغبةً في الخيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang dalam kalangan kalian mengetahui suatu kebaikan daripada saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya, kerana sesungguhnya dia akan bertambah suka akan kebaikan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1980, hadis no. 9909. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا علم أحدكم من أخيه خيرا، فليخبره، فإنه يزداد رغبة في الخير)). [الدارقطني في ((العلل))، ((الضعيفة)) (1639)]
(Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila salah seorang dalam kalangan kalian mengetahui suatu kebaikan daripada saudaranya, maka hendaklah dia memberitahunya, kerana sesungguhnya dia akan bertambah suka akan kebaikan. [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-‘Ilal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1639]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman