Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila salah seorang dalam kalangan kalian mengalami keresahan, kemurungan, sakit, kesulitan, atau kepayahan

Teks Bahasa Arab

إذا نزَل بأحدِكم هَمٌّ، أو غَمٌّ، أو سَقَمٌ، أو أَزَلٌ، أو لَأواءُ فَليقُلْ: اللهُ، اللهُ ربِّي، لا أُشرِكُ به شيئًا.

Teks Bahasa Melayu

Apabila salah seorang dalam kalangan kalian mengalami keresahan, kemurungan, sakit, kesulitan, atau kepayahan, maka ucapkanlah: 'Allah! Allah ialah Tuhanku, aku tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun.

Sahabat Perawi

  1. Asma' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1450, hadis no. 7374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أسماء -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((هل في البيت إلا أنتم يا بني عبد المطلب؟)) قلنا: لا يا رسول الله، قال: ((إذا نزل بأحدكم هم، أو غم، أو سقم، أو أزل، أو لأواء فليقل: الله، الله ربي، لا أشرك به شيئا)). [خط، ((الضعيفة)) (2714)].

(Lemah) Daripada Asmā’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Adakah hanya kalian yang berada di dalam rumah tersebut, wahai Banī ‘Abd al-Muṭṭalib?”. Kami menjawab: “Tidak, wahai Rasulullah”. Baginda bersabda: “Apabila salah seorang dalam kalangan kalian mengalami keresahan, kemurungan, sakit, kesulitan, atau kepayahan, maka ucapkanlah: 'Allah! Allah ialah Tuhanku, aku tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun". [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2714].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.