Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ابْتُلِيَ أحدُكُم بالقضاءِ بينَ المُسلمينَ، فلا يقضِ وهوَ غضبانٌ، ولْيُسَوِّ بينَهُم في النَّظرِ والمَجلسِ والإشارةِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang dalam kalangan kalian diuji untuk melaksanakan penghakiman antara orang Islam, maka janganlah dia membuat penghakiman dalam keadaan dia marah, dan hendaklah dia menyamaratakan antara mereka termasuk dalam perbicaraan, persidangan dan juga sebutan, dan janganlah dia mengangkat suara ke atas satu pihak berbanding pihak lain.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829, hadis no. 4255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ummu Salamah RA isteri Nabi SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila salah seorang dalam kalangan kalian diuji untuk melaksanakan penghakiman antara orang Islam, maka janganlah dia membuat penghakiman dalam keadaan dia marah, dan hendaklah dia menyamaratakan antara mereka termasuk dalam perbicaraan, persidangan dan juga sebutan, dan janganlah dia mengangkat suara ke atas satu pihak berbanding pihak lain. [Riwayat Abū Ya’lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2195]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman