Apabila salah seorang berdiri untuk bersiap mendirikan solat, hendaklah dia fokus (khusyuk)

TEKS BAHASA ARAB

إذا قام أحدكم إلى الصلاة فليقبل عليها حتى يفرغ منها، وإياكم والالتفات في الصلاة، فإن أحدكم يناجي ربه ما دام في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang berdiri untuk bersiap mendirikan solat, hendaklah dia fokus (khusyuk) ketika mendirikan solat sehingga dia selesai mendirikannya. Jauhilah kamu dari memalingkan (muka) semasa solat, kerana sesungguhnya setiap kamu sedang bermunajat kepada Tuhannya selama mana dia berada di dalam (sedang menunaikan) solat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 261, hadis nombor 1359. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -عن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا قام أحدكم إلى الصلاة فليقبل عليها حتى يفرغ منها، وإياكم والالتفات في الصلاة، فإن أحدكم يناجي ربه ما دام في الصلاة)). [طس، ((الضعيفة)) (2689)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: Apabila salah seorang berdiri untuk bersiap mendirikan solat, hendaklah dia fokus (khusyuk) ketika mendirikan solat sehingga dia selesai mendirikannya. Jauhilah kamu dari memalingkan (muka) semasa solat, kerana sesungguhnya setiap kamu sedang bermunajat kepada Tuhannya selama mana dia berada di dalam (sedang menunaikan) solat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2689]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs