Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنْ صَلَاتِهِ رَفَعَ يَدَيْهِ وَضَمَّهُمَا، وَقَالَ: رَبِّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، لَكَ الْمُلْكُ، وَلَكَ الْحَمْدُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Rasulullah SAW selesai menunaikan solatnya, baginda akan mengangkat kedua tangannya dengan merapatkan keduanya. Lalu Baginda berkata: “Wahai Tuhan! Ampunilah dosaku yang akan datang dan apa yang telah lepas, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang melampaui batas serta dosa yang hanya Kamu lebih mengetahuinya berbandingku, Kamu yang awal dan Kamu yang akhir, tiada Tuhan melainkan Kamu, bagi-Mu kuasa pemerintahan dan bagi-Mu segala pujian."
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1492, hadis no. 7605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Alqamah bin Marthad dan Ismail bin Umayyah bahawa: Apabila Rasulullah SAW selesai menunaikan solatnya, baginda akan mengangkat kedua tangannya dengan merapatkan keduanya. Lalu Baginda berkata: “Wahai Tuhan! Ampunilah dosaku yang akan datang dan apa yang telah lepas, apa yang tersembunyi dan apa yang terzahir, apa yang melampaui batas serta dosa yang hanya Kamu lebih mengetahuinya berbandingku, Kamu yang awal dan Kamu yang akhir, tiada Tuhan melainkan Kamu, bagi-Mu kuasa pemerintahan dan bagi-Mu segala pujian." [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4997]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman