Apabila Rasulullah SAW sedang nazak, Baginda bersabda : Panggil kekasih aku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عائشة رضي الله عنها: لما حضر رسول الله الموت قال: ادعوا إلي حبيبي، فدعوت له أبا بكر، فنظر إليه، ثم وضع رأسه، ثم قال: ادعوا لي حبيبي. فدعوت عمر، فنظر إليه، ثم وضع رأسه. فقال: ادعوا لي حبيبي. فقلت: ويلكم ادعوا له علي بن أبي طالب. فوالله ما يريد غيره. فلما رآه أدخله في الثوب الذي كان عليه، فلم يزل محتضنه حتى قبض ويده عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: ‘Aisyah RA berkata: Ketika Rasulullah sedang nazak, Baginda berkata: Panggil kekasihku, lalu aku memanggil Abu Bakar. Baginda melihatnya lalu meletakkan kepalanya. Baginda berkata lagi: Panggil kekasihku, lalu aku memanggil Umar. Baginda melihatnya lalu meletakkan kepalanya. Baginda berkata lagi: Panggil kekasihku. Aku berkata: Malang sungguh kalian, Ali bin Abi Talib, kerana demi Allah Baginda tidak mahu selain beliau. Ketika Baginda melihatnya, Baginda memasukkan dia ke dalam baju yang Baginda sedang pakai. Beliau tetap berada dalam pangkuan Nabi sehingga Baginda wafat dan tangannya berada di atas tubuh Nabi SAW.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 377-378, hadis nombor 80. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن عائشة مرفوعا. قال ابن الجوزي: موضوع. وقال الدارقطني: غريب، تفرد به مسلم بن كيسان الأعور. وتفرد به إسماعيل بن أبان الوراق. قال في اللآلىء، ومسلم: روى له الترمذي وابن ماجه، وهو متروك، وإسماعيل من شيوخ البخاري. وقد رواه ابن عدي من طريق أخرى، عن عبد الله بن عمرو مرفوعا، وزاد: فقيل لعلي ما قال؟ قال: علمني ألف باب، يفتح كل باب ألف باب.

Diriwayatkan oleh al-Daraqutni daripada ‘Aisyah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. al-Daraqutni berkata: Gharib (ganjil), Muslim bin Kaisan al-A’war bersendirian dalam meriwayatkannya. Ismail bin Aban al-Waraq juga bersendirian dalam meriwayatkannya.
Dia berkata dalam al-Laali’: Al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan daripadanya, dia adalah seorang yang matruk (ditinggalkan riwayatnya). Ismail adalah daripada guru al-Bukhari.
Diriwayatkan juga oleh Ibn Adi melalui jalan yang lain daripada Abdullah bin Amr secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia menambah: Dikatakan pada Ali apakah yang dikatakan Baginda? Dia berkata: Baginda mengajarkan kepadaku 1000 pintu, setiap daripada satu pintu membuka 1000 pintu yang lain.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.