Apabila Rasulullah SAW melihat tempat yang Baginda hendak masuk, Baginda membaca: “Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu kebaikan bumi ini dan kebaikan yang telah Engkau kumpulkan padanya

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أشرف على أرض يريد دخولها؛ قال : اللهم ! إني أسألك من خير هذه الأرض، وخير ما جمعت فيها، وأعوذ بك من شرها، وشر ما جمعت فيها، اللهم ! ارزقنا حياها ، وأعذنا من وباها، وحببنا إلى أهلها، وحبب صالحي أهلها إلينا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW melihat tempat yang Baginda hendak masuk, Baginda membaca: “Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu kebaikan bumi ini dan kebaikan yang telah Engkau kumpulkan padanya, dan aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan (tempat ini) serta kejahatan yang telah Engkau kumpulkan padanya. Ya Allah! Berikanlah kami rezeki dengan kehidupannya, lindungilah kami dari wabaknya, jadikanlah kami dicintai oleh ahlinya dan jadikanlah orang-orang yang soleh daripada kalangan ahlinya dicintai oleh kami.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1548, hadis nombor 7855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا-، قالت: ((كان رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذا أشرف على أرض يريد دخولها؛ قال: اللهم! إني أسألك من خير هذه الأرض، وخير ما جَمَعْتَ فيها، وأعوذ بك من شرها وشر ما جمعت فيها، اللهم ارزقنا حياها، وأعذنا من وباها، وحبِّبْنا إلى أهلها، وحَبِّبْ صَالِحِي أَهْلِهَا إلينا)) [ابن السني، ((الضعيفة)) (6040)]

(Palsu)
Daripada Aishah RA, beliau berkata: Apabila Rasulullah SAW melihat tempat yang Baginda hendak masuk, Baginda membaca: “Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu kebaikan bumi ini dan kebaikan yang telah Engkau kumpulkan padanya, dan aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan (tempat ini) serta kejahatan yang telah Engkau kumpulkan padanya. Ya Allah! Berikanlah kami rezeki dengan kehidupannya, lindungilah kami dari wabaknya, jadikanlah kami dicintai oleh ahlinya dan jadikanlah orang-orang yang soleh daripada kalangan ahlinya dicintai oleh kami.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6040]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs