Apabila Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah, Baginda akan mengucapkan: Salam sejahtera buat kami daripada Tuhan kami

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا دخل بيته يقول: السلام علينا من ربنا التحيات الطيبات المباركات لله، سلام عليكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah, Baginda akan mengucapkan: Salam sejahtera buat kami daripada Tuhan kami, segala ucapan penghormatan yang baik dan diberkati hanyalah milik Allah, salam sejahtera buat kalian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1089, hadis nombor 5533. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل بيته يقول: السلام علينا من ربنا التحيات الطيبات المباركات لله، سلام عليكم. [هب، الضعيفة (6187)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya apabila Apabila Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah, Baginda akan mengucapkan: Salam sejahtera buat kami daripada Tuhan kami, segala ucapan penghormatan yang baik dan diberkati hanyalah milik Allah, salam sejahtera buat kalian. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6187]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.